top of page
Search

Terima Kasih Cinta Temukan Anna Jobling & Amar Bahrin

Writer's picture: ireen zairiireen zairi


Pertemuan Raihana dan dua anak kecil Yaya dan adiknya, Lea menjadi satu pertelingkahan dan perselisihan faham antara Raihana dan Harris. Harris menunjukkan sifat bongkak dan sombongnya menegaskan bahawa dia tidak memerlukan pertolongan Raihana untuk menjaga anak-anaknya.


Terbaharu di slot Akasia, pastikan anda tidak ketinggalan untuk terus menyaksikan drama bersiri 20 episod ‘Terima Kasih Cinta’ yang telah bermula pada 30 November 2022, setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 7.00 malam hanya di TV3.


Drama bersiri ini merupakan terbitan Global Station Sdn Bhd dan diarahkan oleh Azri Izhar. ia merupakan adaptasi novel Terima Kasih Cinta karya Aisya Sofea dan menemukan pelakon-pelakon hebat seperti Amar Baharin, Anna Jobling, Rita Nadira, Azrel Ismail, Wan Sharmila, Aida Khalida dan ramai lagi.


Harris (Amar Baharin) merupakan seorang doktor pakar di sebuah hospital swasta. Dia juga adalah seorang bapa tunggal yang mempunyai dua orang anak iaitu Yaya dan Lea. Harris baru sahaja berpindah ke kondominium yang lebih berdekatan dengan tempat kerjanya supaya senang dia berulang alik.


Yaya dan Lea masih kecil belum pandai untuk berdikari. Mereka masih mengharapkan belas kasihan seorang ibu. Saat itulah Harris datang melamar mahu memperisterikan Raihana (Anna Jobling) demi anak-anaknya yang sudah menganggap Raihana sebagai ibu mereka. Namun Harris bukan lelaki idaman Raihana. Biarpun sudah menginjak usia, tapi dia belum terdesak untuk menamatkan zaman bujangnya.


Mampukah kebahagiaan jadi milik Raihana jika kasih sayang hanya datang dari Yaya dan Lea sahaja? Cinta bukan segalanya tetapi ia penting dalam membina rumah tangga bahagia. Apakah cinta mampu dimilikinya jika cinta lelaki itu hanya pada arwah isterinya? Atau adakah Raihana sekadar pengasuh dan penjaga kedua-dua orang anaknya?

Jangan lupa temujanji anda untuk menonton Terima Kasih Cinta menerusi slot Akasia, setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 7.00 malam atau strim secara langsung dalam HD di www.tonton.com.my


Sumber: HALIMEY ZAMAL, XTRA. 1/12/2022

2 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


MASKTEAM | (002037001-H)

F-3-3,

Boulevard Business Park @ Jalan Kuching, Off Jalan Kuching, 51200 Kuala Lumpur.

hr.info@maskteam.com.my | Tel: 603-6179 3997

PR DEPARTMENT

FAIZ (+6013-223 0565) | IREEN (+6018-201 3510)

  • White Instagram Icon
  • White YouTube Icon
  • White Facebook Icon
  • LinkedIn

PRIVACY POLICY  |  TERMS & CONDITION  |  2022 MASKTEAM © ALL RIGHT RESERVED 

bottom of page