top of page
Search

'Saya hanya nak kerja, tak fikir zaman kegemilangan pun' - Syafiq Kyle


Kuala Lumpur: Pelakon Syafiq Kyle, 29, mengakui sejak awal pembabitannya dalam lakonan dia tidak pernah terfikir mengenai zaman kegemilangan termasuk mahu mengejar glamor dan popular sebagai artis.

Menurut Syafiq atau nama sebenarnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, dia nekad menceburi kerjaya seni hanya untuk bekerja dan mendapatkan karya berkualiti bagi menggilap bakatnya.

"Ini sebenarnya pertama kali saya ditanya mengenai zaman kegemilangan yang bakal berakhir dan dijelaskan bahawa pembabitan saya dalam kerjaya seni selama ini hanya untuk bekerja.

"Saya seronok dengan kerja-kerja seni yang dilakukan terutama apabila mendapat karya drama dan filem yang dirasakan berkualiti untuk menggilap bakat lakonan yang saya ada.

"Soal glamor dan popular, saya tak fikir sangat kerana itu adalah bonus. Saya pun tidak pernah rasa diri dah popular kerana saya hanya nak terus bekerja," katanya Harian Metro.

Menurut Syafiq yang popular menerusi drama Mencintaimu Mr Photographer dan Nur ini, dia seorang yang tidak mahu bertindak terburu-buru dalam mencapai apa yang dihasratkan dalam hidupnya. Memandangkan sekarang sudah hampir dua bulan dia tidak bekerja akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Syafiq berkata dia juga tidak bimbang soal kewangan yang terjejas. Katanya, soal pendapatan terjejas memang tak dapat dielak, tapi kita kena tetap percaya pada rezeki Allah. Apapun, ketika ini yang lebih dipentingkannya ialah tahap kesihatan mental.

"Sejujurnya, saya sekarang sangat meniik beratkan tahap kesihatan mental sendiri, kerana apabila mental kuat ia dapat mengelakkan diri daripada terjebak masalah kemurungan di kala pandemik yang membimbangkan ini," katanya.

Sumber: NORHAYATI NORDIN, MY METRO. 18/07/2022


 
 
 

Comments


MASKTEAM | (002037001-H)

F-3-3,

Boulevard Business Park @ Jalan Kuching, Off Jalan Kuching, 51200 Kuala Lumpur.

hr.maskteam@gmail.com | hr.info@maskteam.com.my | Tel: 603-6179 3997

PR DEPARTMENT

ANISSA (+6011-3756 1969) | SYUHAIQAL (+6011-2340 2852)

  • White Instagram Icon
  • TikTok
  • White YouTube Icon
  • White Facebook Icon

PRIVACY POLICY  |  TERMS & CONDITION  |  2022 MASKTEAM © ALL RIGHT RESERVED 

bottom of page