top of page

Antonim Night himpun peminat tegar Hael Husaini

  • Nov 11, 2025
  • 2 min read
Kejayaan Showcase Hael Husaini Antonim Night yang berjaya menghimpun 300 peminat tegar memberi semangat baharu buat Hael untuk terus berkarya.
Kejayaan Showcase Hael Husaini Antonim Night yang berjaya menghimpun 300 peminat tegar memberi semangat baharu buat Hael untuk terus berkarya.

KUALA LUMPUR: Kejayaan Showcase Hael Husaini Antonim Night yang berjaya menghimpun 300 peminat tegar memberi semangat baharu buat penyanyi Hael Husaini untuk terus berkarya.


Dengan sokongan luar biasa, Hael atau nama sebenar, Hal Husaini Razmi, 36, menyifatkan acara yang berlangsung di Nero Event Space, PJPAC, 1 Utama, Petaling Jaya, minggu lalu adalah malam bersejarah buatnya.


Penyanyi yang popular dengan lagu Jampi itu berkata, dia menghargai setiap sokongan diberikan kepadanya sejak dahulu hingga saat ini.


"Sambutan peminat memberi satu semangat untuk fasa baharu, di mana album Antonim Pt 2 akan keluar.


"Jadi, saya ucapkan terima kepada peminat yang tidak henti menyokong perjalanan seni saya. Setiap persembahan termasuk Showcase Hael Husaini Antonim Night ini sangat istimewa buat saya," katanya ditemui selepas selesai persembahan.


Pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) Edisi Ke 32 dan 33 itu berkata, biarpun lingkungan peminat tidak begitu besar, tetapi bersyukur dengan semua yang masih setia hingga sekarang.


Hael berkata, dia sentiasa menghargai setiap sokongan diberikan kepadanya.


"Saya sedar dalam industri ini saya mungkin tidak mempunyai pengikut yang besar, tapi mereka sangat setia kerana sudah bersama sejak dahulu.


"Saya sangat menghargainya kerana ini semua berkaitan rasa sayang yang diberikan tidak kira kecil atau besar," katanya.


Hael tampil memukau 300 peminat menerusi Showcase Hael Husaini Antonim Night dengan menyampaikan seleksi lagu hit yang pernah dirakamkan.
Hael tampil memukau 300 peminat menerusi Showcase Hael Husaini Antonim Night dengan menyampaikan seleksi lagu hit yang pernah dirakamkan.

Mengulas mengenai Hael Husaini Antonim Night, bekas peserta program realiti, Akademi Fantasia musim 10 (AF10) itu berkata, ia lebih kepada suasana intim bersama peminat.


Hael berkata, dia tidak sabar beraksi dalam konsert berskala lebih besar pada masa akan datang.


"Bagi saya, konsert semestinya menjadi impian setiap penyanyi. Tapi, showcase lebih kepada suasana intim bersama peminat.


"Konsert adalah apa yang saya idamkan dan kalau diberi peluang saya akan lakukan yang terbaik.


"Saya tak sabar memperkenalkan karya saya yang sebelum ini mungkin tak begitu diketahui ramai," katanya.


Dalam pada itu, Hael berkata, dia akan melancarkan album kedua, Antonim Pt 2 tidak lama lagi.


Terdahulu, Hael tampil memukau 300 peminat menerusi Showcase Hael Husaini Antonim Night dengan menyampaikan seleksi lagu hit yang pernah dirakamkan.


Antara lagu dipersembahkan adalah Hero, Kejora, Usia, Jampi, Haram, Diam dan Kelentang-Kelentong.


Selain itu, showcase berkenaan turut menampilkan Anwar Amzah yang menyampaikan lagu Imaginasi, diikuti bekas peserta Calpis Soda One In A Million (CSOIAM), Mariam yang membawakan lagu Hari Ini, Lara dan Bintang secara medley.


Showcase Hael Husaini Antonim Night berlangsung lebih sejam dibawakan oleh Usanita Entertainment dan Mask Team.


Source:

 
 
 

Comments


Commenting on this post isn't available anymore. Contact the site owner for more info.

MASKTEAM | (002037001-H)

F-3-3,

Boulevard Business Park @ Jalan Kuching, Off Jalan Kuching, 51200 Kuala Lumpur.

hr.maskteam@gmail.com | hr.info@maskteam.com.my | Tel: 603-6179 3997

PR DEPARTMENT

ANISSA (+6011-3756 1969) | SYUHAIQAL (+6011-2340 2852)

  • White Instagram Icon
  • TikTok
  • White YouTube Icon
© maskteam

©  2025 MASK TEAM. ALL RIGHTS RESERVED.

bottom of page