top of page
Search

Anna Jobling terharu sokongan peminat di negara jiran


Kuala Lumpur: Pelakon Anna Jobling, 22, terharu menerima sebanyak 600 hadiah daripada peminat di Indonesia ketika kunjungannya bersama Meerqeen ke negara jiran itu, selepas meledak menerusi drama Melur Untuk Firdaus di TV3.

Anna atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman ditemui berkata, dia tidak menduga dirinya akan mendapat layanan istimewa sebegitu daripada peminat di negara seberang yang di luar jangka.

"Semua orang 'gila' tetapi dalam cara yang sangat baik. Mereka (peminat) menerima baik kehadiran saya dan Meerqeen dengan melayan kami begitu meriah, umpama berada di rumah kedua.

"Paling seronok, tentulah apabila menerima ratusan hadiah. Antaranya, ada peminat yang sanggup menanam ratusan pokok di bawah nama saya. Memang sokongan mereka itu amat menakjubkan," katanya yang ditemui pada sidang media teater Maduku Terpaling Kalut.

Mengulas juga kesediaan untuk 'berhijrah' ke Indonesia, Anna tidak menolak akan berbuat demikian sekiranya dia mendapat tawaran untuk mengembangkan kerjaya lakonannya di sana.

"Semuanya bergantung kepada rezeki dan saya enggan meletakkan sebarang harapan tinggi. Bagaimanapun, pindah ke sana (Indonesia) untuk bekerja boleh saya pertimbangkan, tapi untuk menetap selama-lamanya, mungkin tidak.

"Apapun, rezeki daripada Tuhan dan siapa yang tahu. Saya mungkin perlu menetap di sana seketika untuk bekerja, tapi mestilah kerap pulang ke Malaysia kerana ahli keluarga saya semuanya di sini," katanya lagi.

Hampir seminggu berada di Indonesia kerana memenuhi jemputan stesen televisyen di sana, Anna berkata kunjungan itu tetap membuka peluang kepadanya untuk berbincang mengenai beberapa tawaran lakonan.

Berdarah kacukan Melayu-England, Anna kini antara selebriti tanah air yang berjaya mencipta populariti di Indonesia selepas pelakon senior seperti Allahyarham Ashraf Sinclair, Bront Palarae dan Chew Kin Wah.

Sumber: NORHAYATI NORDIN, MYMETRO. 01/09/2022

 
 
 

Comments


MASKTEAM | (002037001-H)

F-3-3,

Boulevard Business Park @ Jalan Kuching, Off Jalan Kuching, 51200 Kuala Lumpur.

hr.maskteam@gmail.com | hr.info@maskteam.com.my | Tel: 603-6179 3997

PR DEPARTMENT

ANISSA (+6011-3756 1969) | SYUHAIQAL (+6011-2340 2852)

  • White Instagram Icon
  • TikTok
  • White YouTube Icon
  • White Facebook Icon

PRIVACY POLICY  |  TERMS & CONDITION  |  2022 MASKTEAM © ALL RIGHT RESERVED 

bottom of page