top of page
Search

Anna Jobling sudah lali dikatakan ‘terlalu mat salih’, idam bawa watak betul-betul orang Melayu

Writer's picture: Faiz NolanFaiz Nolan

Sudah lali dengan tanggapan terlalu ‘mat salih’, pelakon Anna Jobling berkata pada awalnya dia menerima banyak tawaran menggunakan bajasa Inggeris sepenuhnya.


Kata Anna atau mama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, dia berharap diberikan lebih banyak peluang membawakan watak menggunakan bahasa Melayu.


“Sejak kecil lagi, saya sering diberitahu ‘you’re too white’ apabila menjayakan komersial TV. Sebelum ini pun, saya akui memang tak pandai langsung cakap bahasa Melayu.

“Tapi sekarang bukan isu pasal saya terlalu ‘mat salih’ atau tidak. Asalkan boleh membawa watak dengan baik, itu lebih penting. Awal dulu, banyak karakter yang memerlukan saya bercakap bahasa Inggeris sepenuhnya.

“Tapi sekarang saya memang nak sangat watak yang betul-betul Melayu dan skrip sepenuhnya Melayu. Kalau ada skrip Inggeris pun, biarlah sedikit saja, saya okay” katanya kepada mStar.


Anna ditemui pada sidang media maya drama lakonan terbarunya bergandingan dengan aktor Meerqeen berjudul Melur Untuk Firdaus baru-baru ini.

Diarahkan Zamri Zakaria, drama adaptasi daripada novel My ‘Rude’ Wife karya Cik Nor Cinta itu akan mula ditayanghkan pada 27 Mei, setiap Rabu hingga Sabtu, pukul 9 malam.

Dalam pada itu, pelakon berusia 21 tahun ini turut menegaskan dia enggan mencipta sesuatu kontroversi tidak elok.


Malah, pelakon kacukan Inggeris-Melayu ini lebih gemar aktiviti kerjaya seninya menjadi bualan tanpa sebarang kontroversi tidak elok.

“Saya tidak kisah kalau naik secara perlahan tapi konsisten. Saya tak nak naik secara mendadak hanya kerana kontroversi tapi selepas itu jatuh menjunam sekelip mata,” ujarnya.


Sumber: NUR ASYIKIN MAYUDIN, MSTAR. 22/05/2022
11 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


MASKTEAM | (002037001-H)

F-3-3,

Boulevard Business Park @ Jalan Kuching, Off Jalan Kuching, 51200 Kuala Lumpur.

hr.info@maskteam.com.my | Tel: 603-6179 3997

PR DEPARTMENT

FAIZ (+6013-223 0565) | IREEN (+6018-201 3510)

  • White Instagram Icon
  • White YouTube Icon
  • White Facebook Icon
  • LinkedIn

PRIVACY POLICY  |  TERMS & CONDITION  |  2022 MASKTEAM © ALL RIGHT RESERVED 

bottom of page