top of page
Search

Anna Jobling antara personaliti paling tinggi carian di Google bagi tahun 2022

Writer's picture: ireen zairiireen zairi

Pelakon dan model, Anna Jobling tidak menyangka apabila namanya termasuk dalam senarai individu paling tinggi carian di sesawang enjin Google untuk 2022.


Menurut Anna atau nama lengkapnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, dia percaya carian yang dilakukan rakyat Malaysia itu adalah perkara membabitkan karier seninya.


“Jujurnya saya terkejut apabila tersenarai diantara 10 personaliti paling banyak carian Google di Malaysia untuk sepanjang tahun 2022.


“Saya yakin carian itu adalah atas sebab-sebab positif mengenai karier. Drama Melur Untuk Firdaus banyak membantu menaikkan nama saya, juga sokongan peminat dari Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan Asia Tenggara.


“Tersenarai dalam 10 individu paling banyak carian di Google membuatkan saya rasa lebih merendah diri kerana tak terfikir akan ada ramai individu yang melakukan carian nama saya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Sementara itu, dia turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mempercayai bakat dimiliki selain pihak pengurusan yang bekerja keras menyusun jadualnya sebagai anak seni.


“Saya rasa semua orang menggunakan carian di Google apabila mahu mendapatkan info, jadi saya berterima kasih kerana ia membuatkan saya mahu terus memberikan yang terbaik dalam karier.


“Pihak pengurusan saya, Mask Team juga telah merangka banyak perancangan berkaitan karier saya dan alhamdulillah semuanya boleh dikatakan berjaya.


“InshaAllah untuk tahun 2023 ini saya dalam perancangan melebarkan sayap saya ke negara seberang, Indonesia,” ujar pelakon berusia 22 tahun itu.


Sumber: OH MY MEDIA. 12/12/2022


16 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


MASKTEAM | (002037001-H)

F-3-3,

Boulevard Business Park @ Jalan Kuching, Off Jalan Kuching, 51200 Kuala Lumpur.

hr.info@maskteam.com.my | Tel: 603-6179 3997

PR DEPARTMENT

FAIZ (+6013-223 0565) | IREEN (+6018-201 3510)

  • White Instagram Icon
  • White YouTube Icon
  • White Facebook Icon
  • LinkedIn

PRIVACY POLICY  |  TERMS & CONDITION  |  2022 MASKTEAM © ALL RIGHT RESERVED 

bottom of page